Cerita Panas !!!

Tuesday 21 January 2014

AKSI NELAYAN JEPUN BURU IKAN LUMBA-LUMBA

Aksi Nelayan Jepun Buru Ikan Lumba-Lumba Untuk Keuntungan | Sadisnya nelayan Jepun buru ratusan ikan lumba-lumba demi keuntungan. Lebih parahnya lagi, tindakan ini dijadikan tradisi tahunan oleh para nelayan tempatan. 

Sejumlah nelayan menggunakan jaring saat menggiring puluhan ikan lumba-lumba menuju ke daratan di Teluk Taiji, Jepun. Menangkap lumba-lumba ini sudah menjadi tradisi tahunan bagi para nelayan di Jepun. 

Tradisi menangkap dan membunuh ratusan lumba-lumba yang dilakukan para nelayan di Jepun ini mencetuskan protes sejumlah institusi di negara barat. Ikan lumba-lumba tersebut akan ditapis untuk dijadikan binatang peliharaan di taman laut serta dibunuh untuk dijual dagingnya dan selebihnya akan dikembalikan ke perairan. Tradisi tersebut berlangsung mulai bulan September dan akan berakhir pada Mac. Jepun buru ratusan lumba-lumba demi keuntungan.





Monday 20 January 2014

TAK HABIS-HABIS DENGAN ISU KANGKUNG !

Perdana Menteri, Najib Razak hari ini membuat kenyataan, bahawa rakyat perlu memahami masalah yang melanda ekonomi Malaysia dan tidak semuanya harga barang naik, malah ada yang turun.Harga apa yang turun???


ROZITA CHE WAN BUAT LAPORAN POLIS,APA KES???

Rozita Che Wan Mengamuk Buat Laporan Polis | Kuala Lumpur: “Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

ROZITA ketika membuat laporan polis malam tadi.

Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi. 

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin. 

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.

“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit. -Harian Metro 

GAMBAR AZWAN ALI DAN AZNIL HJ NAWAWI MASA MUDA



Gambar Nostalgia Aznil Hj Nawawi dan Azwan Ali Ketika Muda Remaja | Dalam industri hiburan tanah air, siapa yang tidak kenal dengan dua orang veteran yang boleh digelar otai dalam bidang pengacaraan. 

Di awal karier seni dua orang anak tempatan ini, hubungan Aznil Hj Nawawi dan Azwan ali sangat akrab. Kedua-duanya juga berjaya menjadi selebriti terkenal. Kini, zaman kegemilangan mereka berdua telah berlalu.

Azwan Ali dalam akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar ketika muda remaja untuk mengingati semula zaman silam mereka berdua. Jom layan beberapa keping gambar mereka:



GAMBAR KEMALANGAN PELIK DAN MENGHAIRANKAN

Gambar Kejadian Kemalangan Pelik | Pada kebiasaannya kemalangan kereta sering kali diwarnai dengan kejadian yang mengerikan. Namun, berbeza dengan hal kemalangan kereta seperti dalam gambar ini. Berikut ada beberapa kemalangan kereta yang agak pelik belaku.





5 TEMPAT PALING CANTIK DAN MENAKJUBKAN

5 Tempat Paling Indah Dan Menakjubkan Di Dunia | Ini adalah antara tempat yang paling menarik dan menakjubkan di dunia . Jom kita lihat keindahan ciptaan tuhan ini . 


The Great Blue Hole atau lubang biru yang besar. Ini terletak di perairan Belize atau sekitar 70km dari pusat bandar Belize. Kolam ini nampak unik saat dilihat dari atas. Kelihatan seperti bulatan biru gelap didalam dikelilingi warna biru muda ditepinya. 


Kawah Putih Indonesia, di Indonesia. Apa yang menarik? kawah ditempat inilah daya tarikan utamanya iaitu kawah putih yang sangat indah dengan kabut putih yang cukup tebal sehingga kita serasa berasa diatas awan. Kawah ini terletak kira-kira 50km dari bandar bandung. Kawah ini berwarna putih kerana kandungan sulfur atau belerang yang sangat tinggi.


The Wave, berada di wilayah sempadan antara Arizona dan Utah di Amerika Syarikat, ini berada di lereng Colorado. The Wave mungkin sudah tidak asing bagi kita kerana sering terpampang sebagai wallpaper PC atau Handphone. Ini disebut The Wave kerana terbentuk formasi dari batu pasir yang bergaris tak beraturan dengan warna coklat muda dan orange. 


Di Salar de Uyuni, Bolivia, Ini sebenarnya adalah tanah dengan luas 10.582km persegi yang terdiri daripada padang garam. Warna putih dan biru mendominasi daerah ini. Kadang genangan air dan garam memantulkan panorama langit secara sempurna hingga tak kelihatan batas antara langit dan bumi. 


Pamukkale, Turki. Tempat ini kelihatan seperti kolam renang yang bertingkat dan lebih unik lagi tempat ini mempunyai air yang jernih sehingga kelihatan putih dan biru semulajadi. Pamukkale bermakna istana kapas, ini sesuai kerana jika dilihat dari kejauhan wilayah ini akan seperti gumpalan kapas.

LELAKI BERUMUR 31 TAHUN MASIH MENGHISAP SUSU BOTOL???

Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup menghabiskan usianya  selama 18 tahun dengan memakai lampin pakai buang dan menghisap puting  semata-mata ingin menjadi seorang budak berusia dua tahun.

Stanley Thornton bukan sahaja tidur dalam kandang bayi malah dia juga mempunyai bilik tidur sendiri yang dihiasi dengan perhiasan budak kecil. Menurut Stanley, setiap hari dia berlagak seolah-olah dia budak  berusia  dua tahun dan dengan melakukannya, dia merasakan ia satu perkara paling penting dalam hidupnya. Ia merupakan perasaan yang tidak pernah saya alami sepanjang saya membesar.
Dengan menjadi `budak dewasa saya dapat mengatasi segala masalah yang saya alami,katanya. Demi memenuhi kehendaknya menjadi budak, dia mempunyai crayon dan pensil untuk melukis serta kerusi kanak-kanak yang besar di mana dia akan duduk di situ ketika makan.

Stanley yang mempunyai berat badan 133 kilogram itu juga mempunyai tukang jahit sendiri yang menjahit baju tidur untuknya.Dia yang pernah muncul dalam rancangan My Crazy Obsession kini sedang mencari seorang ibu sepenuh masa.